Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Kegembiraan Kembali Ke Sekolah Bersama Bank Muamalat

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) telah menganjurkan Program Kembali Ke Sekolah bersama Anak-anak Yatim di Ibu Pejabat Bank Muamalat, Menara Bumiputera di Kuala Lumpur hari ini.

Sumbangan yang diberi adalah dalam bentuk pakaian seragam sekolah dan peralatan persekolahan kepada 161 pelajar iaitu anak-anak kepada kakitangan syarikat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan serta anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak Yatim dari Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Rumah Attaqwa, Rumah Baitul Kasih Dan Baitul Fitrah, Country Homes serta Rumah Jalinan Kasih untuk membeli-belah secara percuma.

Program ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat, bersama-sama dengan Ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank Muamalat.

“Saya amat berbesar hati kerana ini merupakan kali ketiga kami menjayakan program ini, dan menunjukkan sekali lagi sikap murah hati warga Bank Muamalat dalam membantu mereka yang memerlukan kerana segala sumbangan adalah daripada kakitangan Bank Muamalat sendiri.,” kata Tan Sri Munir.

Menurutnya, objektif utama program ini selain melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat ia adalah untuk meringkankan beban khususnya kepada rumah jagaan anak-anak yatim bagi menyediakan kelengkapan persekolahan untuk sesi 2017 tidak lama lagi.

Program ini diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama Muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Kakitangan Bank Muamalat telah menyumbang sepenuhnya kearah pembelian pakaian seragam serta peralatan sekolah. Kami berharap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan beban rumah-rumah anak Yatim serta anak-anak ini.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8720002.7110002.695000
BRUNEI DOLLARBND3.4230003.2200003.209000
CANADIAN DOLLARCAD3.1560003.0390003.022000
SWISS FRANCCHF5.1470004.9170004.899000
EURO EUR4.9480004.6670004.645000
STERLING POUNDGBP5.8940005.6250005.616000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6730002.4780002.463000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4230003.2200003.219000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5650004.3130004.296000

2025-03-28 08:14:55