Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

KEGEMBIRAAN KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA BANK MUAMALAT

Kuala Lumpur, Khamis, 30 November 2017: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini telah mengagihkan barang-barang keperluan untuk ke sekolah kepada 262 orang pelajar dalam majlis Kegembiraan Kembali Ke Sekolah yang diadakan di Ibu Pejabat Bank Muamalat, Menara Bumiputra, Kuala Lumpur.

Para pelajar dari 3 buah rumah terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima sumbangan berjumlah RM400 setiap seorang, berupa kelengkapan sekolah bernilai RM350 dan wang tunai berjumlah RM50. Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat, bersama-sama dengan Ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank Muamalat.

Sumbangan juga diberi kepada anak-anak kakitangan Bank Muamalat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan serta anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak Yatim dari Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Asrama Baitul Ummah, serta anak-anak dari Tahfiz Al Huffaz.

Objektif utama Kegembiraan Kembali Ke Sekolah ini, selain melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Ia bertujuan membolehkan pelajar-pelajar membuat persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan 2018. Sumbangan ini juga sebagai suntikan semangat dan pendorong kepada para pelajar agar lebih berdaya maju dan cemerlang dalam pelajaran, seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi masing-masing di masa hadapan.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8720002.7110002.695000
BRUNEI DOLLARBND3.4230003.2200003.209000
CANADIAN DOLLARCAD3.1560003.0390003.022000
SWISS FRANCCHF5.1470004.9170004.899000
EURO EUR4.9480004.6670004.645000
STERLING POUNDGBP5.8940005.6250005.616000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6730002.4780002.463000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4230003.2200003.219000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5650004.3130004.296000

2025-03-28 08:14:55