Forum Perdana “Generasi Y Tentera Darat, Pencorak Lanskap Masa Hadapan Tentera Darat”
Tarikh : 15 Mac 2012
Tajuk: ”Generasi Y Tentera Darat, Pencorak Lanskap Masa Hadapan Tentera Darat”
Penceramah:
Waktu: 9.00 malam-10 malam
Tempat: Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi.
Pada 15 Mac yang lalu, satu Forum Perdana yang bersiaran secara langsung di (Radio TV Malaysia) RTM telah diadakan dari Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Forum Perdana yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-79 tahun 2012 adalah anjuran Markas Tentera Darat dan mendapat kerjasama dari Bank Muamalat Berhad serta pihak JAKIM.
Forum Perdana bertajuk ‘Generasi Y Tentera Darat Pencorak Lanskap Masa Hadapan Tentera Darat’ ini menampilkan dua ahli panel iaitu Al-Fadhil Ustaz Hj Mohd Kazim Elias Al Hafiz, Pengetua Pusat Pendidikan Al Bakarah dan Al-Fadhil Mejar Ustaz Hj Daud Mohamed Salleh, pegawai Agama ATM. Manakala moderatornya adalah Yang Berusaha Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan Fakulti Pusat Pengajian Umum dan Bahasa dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Turut hadir menyerikan lagi majlis Forum Perdana ini, Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin bersama isteri, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Yang Berbahagia Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat, Jawatankuasa Pengurusan Kanan Bank Muamalat Malaysia Berhad serta Ketua-ketua Jabatan, anggota-anggota Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi dan warga kerja Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Semoga dengan berlangsungnya forum ini akan menambahkan lagi keyakinan dikalangan warga tentera dalam meneruskan kehidupan serta dapat memartabatkan agama Islam di mata masyarakat.
Wallahu’alam dan Wassalam.