Bank Muamalat Malaysia Berhad Menyumbang Van Sekolah Kepada Sekolah Rendah Agama Islam Hira, Klang
Klang, 16 Ogos – Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui Tabung Mawaddah (TM) telah melaksanakan satu lagi Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menyumbangkan sebuah van sekolah kepada Sekolah Rendah Agama Islam Hira, Klang.
Alhamdulillah, van sekolah ini telah diserahkan sendiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, BMMB kepada Puan Nurizah Bt Arifin , Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan disaksikan oleh Tn. Hj. Nasharuddin Bin Mohammad, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah. Majlis ini telah disempurnakan di perkarangan sekolah Rendah Agama Islam Hira.
Semoga dengan adanya program seperti ini ia akan mewujudkan kesedaran kakitangan dalam memberikan sumbangan dan akhirnya membentuk masyarakat yang saling bantu membantu dan mengambil berat di antara satu sama lain. Semoga usaha kita ini mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah SWT.