Bank Muamalat Bantu Pelajar Terjejas Banjir
13 Januari 2022, Prihatin terhadap kebajikan pelajar yang terjejas akibat banjir, Bank Muamalat Malaysia Berhad hari ini menyerahkan 50 buah beg sekolah kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi di Hulu Langat, Selangor.
Beg berkenaan diserahkan oleh wakil bank, En. Kasyfullah Mohamad. Turut hadir, Penolong Kanan (Pentadbiran), Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi, Pn. Rohaya Usoff.
Kebanyakan kediaman murid-murid berkenaan ditenggelami air susulan banjir besar di Hulu Langat, baru-baru ini.