Close
Personal
Business

Corporate Responsibility

Community

Bank Muamalat Anjur Program Derma Darah 2023 Bagi Meningkatkan Rizab Darah Dalam Tabung Darah Negara

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2023: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) telah menganjurkan Program Derma Darah 2023 dengan matlamat untuk meningkatkan rizab darah dalam Tabung Darah Negara bagi menampung keperluan permintaannya. Selain itu, langkah ini diharap akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah. Program ini dijalankan bersempena dengan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia yang diadakan setiap tahun pada 14 Jun. Untuk tahun kedua berturut-turut, Bank Muamalat telah bekerjasama dengan pelbagai hospital kerajaan dan swasta bagi menjalankan program ini dari bulan Jun hingga bulan Julai 2023 di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.

Pada tahun 2022, pihak Bank Muamalat telah berjaya membantu mengumpul sebanyak lebih daripada 1,600 pek darah hasil sumbangan orang ramai. Manakala bagi tahun 2023, Bank Muamalat menetapkan sasaran awal sebanyak 2,000 pek darah dapat dikumpul bagi program tahun ini. Bank Muamalat berharap dapat mencapai sasaran yang lebih besar dalam memenuhi keperluan darah di pelbagai sektor perubatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata program sebegini dapat membantu memastikan bekalan darah mencukupi, untuk merawat pesakit dalam kecemasan. Beliau juga menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak hospital dalam menjayakan program ini, serta memberikan sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat.

“Harapan saya agar program seumpama ini menjadi platform utama yang memberikan impak positif kepada komuniti dalam menangani masalah kekurangan bekalan darah, dan seterusnya membantu mereka yang memerlukan dalam mencapai Kehidupan yang Lebih Baik, Bersama Komuniti,” kata Khairul.

Selain Program Derma Darah, Bank Muamalat turut menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan kewangan individu dan perniagaan. Masyarakat setempat juga berpeluang untuk mendapatkan konsultasi kewangan dan pemeriksaan kesihatan kewangan secara percuma sebagai sebahagian daripada komitmen Bank Muamalat dalam meningkatkan kesejahteraan kewangan masyarakat.

Dengan inisiatif ini, Bank Muamalat berharap dapat terus memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat, baik melalui program sosial seperti Program Derma Darah mahupun melalui produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD3.0070002.8640002.848000
BRUNEI DOLLARBND3.4760003.3230003.312000
CANADIAN DOLLARCAD3.3210003.2030003.186000
SWISS FRANCCHF5.3390005.1090005.091000
EURO EUR5.0630004.7840004.762000
STERLING POUNDGBP5.8370005.5980005.589000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.8260002.6240002.609000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4760003.3370003.336000
UNITED STATES DOLLARUSD4.6150004.3760004.359000

2024-08-08 08:42:51