46 Sukarelawan Bank Muamalat Sertai Misi Bantuan Pasca Banjir
Seramai 46 sukarelawan dari Bank Muamalat Malaysia Berhad menyertai misi bantuan pasca banjir di Segamat, Johor pada 15 Januari 2022.
Tujuan misi berkenaan adalah untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terkesan, serta menjalankan kerja-kerja pembersihan di beberapa kediaman yang dilanda banjir di Kg. Jawa Spang Loi, Batu Anam, Segamat.
Misi berkenaan turut mendapat kerjasama daripada ADUN Buloh Kasap, YB Dato’ Zahari Sarip, wakil majlis daerah dan ketua kampung.
Semoga kehadiran sukarelawan Bank Muamalat sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga yang terjejas banjir.