Notis Awam
“Dimaklumkan bahawa terma & syarat dalam Kontrak Pembiayaan Pajak Gadai Islam (KPPGI) untuk Pembiayaan Ar-Rahnu telah ditambahkan dengan klausa “Walau bagaimanapun, kadar keuntungan perlu dibayar pada setiap 6 bulan bagi mendapatkan lanjutan tempoh ke 12 bulan dan 18 bulan”. Ia akan dikuatkuasakan untuk semua permohonan Ar-Rahnu bermula dari 1 Feb 2020 hingga 18 Feb 2021.
Pelanggan juga tertakluk seperti yang dipersetujui di dalam Akuan Pelanggan KPPGI “7. Dengan menandatangani di bawah ini, bahawa saya telah menerima dan memahami sepenuhnya Terma & Syarat dan Risalah Pendedahan Produk (RPP) Pembiayaan Pajak Gadai Islam (Muamalat Ar-Rahnu) (boleh diperoleh daripada laman web Bank www.muamalat.com.my) dan bersetuju mengikut peraturan tersebut dan mana-mana pindaan perkara tersebut yang akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.