Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Bank Muamalat dicalonkan oleh DRB-HICOM Berhad pada 27 Ogos 2012. Beliau ialah ahli Jawatankuasa Pencalonan, & Imbuhan dan Veto. Beliau merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB). Selepas itu, beliau ialah Ketua Pegawai Operasi – Kewangan, Strategi & Perancangan DRB-HICOM Berhad. Tan Sri Che Khalib memulakan kerjaya di Tetuan Ernst & Young pada 1989 kemudian menyertai Bumiputra Merchant Bankers Berhad. Beliau sebelum itu merupakan ahli Lembaga dan Exco Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari tahun 2000 hingga 2004. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli lembaga di United Engineers Malaysia (UEM) Group dan Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad.
Tan Sri Che Khalib kini Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad. Beliau menganggotai Lembaga Gas Malaysia Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Johor Port Berhad, MMC Engineering Group Berhad, NCB Holdings Berhad, Aliran Ihsan Resources Berhad, Kontena Nasional Berhad, Northport (Malaysia) Berhad dan beberapa syarikat sendirian berhad.
Seorang akauntan bertauliah, Tan Sri Che Khalib ialah ahli Institut Akauntan Malaysia C.A.(M) dan juga Felo Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (FCCA, UK) United Kingdom.