Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Program Hari Amal Masih Ada Yang Sayang (MAYS)

Alhamdulillah warga Bank Muamalat Malaysia Berhad sekali lagi telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat demi membantu insan yang memerlukan bantuan. Tabung Mawaddah dengan kerjasama cawangan-cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad Bahagian Utara telah menganjurkan Program MAYS bertempat di Pondok Pengajian Madrasah Ahmadiah Addiniah Al-Islamiah, Kampung Kuala Beris yang terletak di daerah Sik, Kedah Darul Aman. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abd Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad. Pada majlis tersebut, sebanyak RM60,000 telah disalurkan kepada Pondok Pengajian Madrasah Ahmadiah Addiniah Al-Islamiah oleh Tabung Mawaddah serta Bank Muamalat Malaysia Berhad. Sumbangan tersebut telah digunakan untuk membaikpulih tempat mandi, penambahan jumlah pondok-pondok baru dan gotong royong mengecat di sebahagian bangunan baru demi kemudahan dan keselesaan penghuni.

Satu tazkirah ringkas mengenai Riba’ telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Mohd Hafiz Hj. Fauzi dan diikuti dengan acara kemuncak program MAYS pada kali ini iaitu Perasmian Wajah Baru Pondok Pengajian Madrasah Ahmadiah Addiniah Al-Islamiah yang disempurnakan oleh Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid diiringi Mudir Pondok Pengajian Madrasah Ahmadiah Addiniah Al-Islamiah, Ustaz Kame Mustaph dengan upacara pembacaan doa serta pemotongan riben. Program diteruskan dengan jamuan makan tengahari dan berakhir kira-kira jam 3.30 petang.

Pihak sekretariat Tabung Mawaddah ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga cawangan utara, serta penduduk Kampung Kuala Beris kerana telah bersama-sama menjayakan program ini serta warga Bank Muamalat Malaysia Berhad keseluruhannya dan pelanggan yang telah menghulurkan sumbangan.

Sesungguhnya program murni ini berjaya memupuk sifat bersedekah demi mengeratkan ukhuwah sesama Islam. Semoga usaha kita yang sedikit ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Insya’allah.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8080002.6550002.639000
BRUNEI DOLLARBND3.3600003.1660003.155000
CANADIAN DOLLARCAD3.0900002.9800002.963000
SWISS FRANCCHF4.9460004.7330004.715000
EURO EUR4.7240004.4640004.442000
STERLING POUNDGBP5.6070005.3610005.352000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6030002.4170002.402000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3600003.1660003.165000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5270004.2850004.268000

2025-01-31 08:46:27