Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55

Pada 31 Ogos 2012 perbarisan sempena Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat nasional di Dataran Merdeka disambut meriah dengan penyertaan kira-kira 14,000 peserta terdiri dari lapisan masyarakat bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini adalah “55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati” yang disambut dengan penuh warna-warni dan gilang-gemilang khususnya generasi muda yang menunjukkan kemakmuran dan kesejahteraan perpaduan negara.

Ribuan rakyat Malaysia termasuk pelancong mula membanjiri Dataran Merdeka seawal 6.30 pagi selain jutaan lagi menonton menerusi siaran langsung di beberapa rangkaian televisyen. Bagi peserta yang menyertai perbarisan telah berkumpul seawal 5.30 pagi lagi dari pelbagai agensi awam dan swasta telah bersiap sedia bagi menunggu dan mempersiapkan diri dengan kelengkapan masing-masing. Setelah bertungkus lumus berlatih dan melakukan Raptai Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-55 sejak minggu lepas lagi dari 23 hingga 29 Ogos, maka pada 31 Ogos adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan terutamanya bagi Kontinjen Perkhidmatan Kewangan telah turut serta bagi memeriahkan lagi perarakan Hari Kemerdekaan negara yang ke-55 pada tahun ini.

Acara dimulakan pada pukul 8 pagi sebaik saja ketibaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah yang kemudiannya memeriksa perbarisan kontinjen kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 orang anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Turut hadir adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan barisan anggota kabinet. Pada masa yang sama, tujuh buah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan bendera ketiga-tiga cabang pasukan keselamatan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sambil melepaskan asap berwarna merah, biru, kuning yang melambangkan warna bendera Malaysia.

“Ekonomi Kukuh, Rakyat Sejahtera” itulah slogan yang dilaungkan oleh seramai 240 orang kakitangan yang telah menyertai bagi Kontinjen Perkhidmatan Kewangan yang dipimpin oleh En. Shuhaimi Mat Isa daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad dihadapan pentas utama. Kontinjen Perkhidmatan Kewangan ini telah diketuai oleh Kumpulan Maybank dan disertai oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Rakyat, CIMB Group, Bank Islam, RHB Bank, Public Bank dan Bank Simpanan Nasional. Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menghantar seramai 28 orang kakitangan.

Perarakan sambutan kali ini diakhiri dengan segmen kelima iaitu Bangga Menjadi Rakyat Malaysia yang dimulakan dengan persembahan oleh generasi muda melalui pergerakan cergas dan bertenaga dengan diiringi lagu Drumline dan madley lagu-lagu patriotik Nadi Rakyat, IM4U, Janji Ditepati, Tanggal 31, 1Malaysia dan Jalur Gemilang.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8710002.7130002.697000
BRUNEI DOLLARBND3.4410003.2400003.229000
CANADIAN DOLLARCAD3.2110003.0950003.078000
SWISS FRANCCHF5.4100005.1740005.156000
EURO EUR5.1360004.8490004.827000
STERLING POUNDGBP5.9720005.7060005.697000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7390002.5410002.526000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4410003.2400003.239000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5050004.2610004.244000

2025-04-28 08:42:21