Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

BMMB Tabung Mawaddah Menyumbang 2 Buah Van Jenazah dan 25 Buah Motorsikal

Selasa, 08 November 2016 – Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui Tabung Mawaddah (TM) telah melaksanakan satu lagi Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menyumbangkan 25 buah motosikal kepada Yayasan Amal Malaysia dan 2 buah van jenazah kepada Masjid Ismail Petra, Tanah Merah, Kelantan dan Masjid Nurul Ehsan, Padang Serai, Kedah. Sumbangan motosikal ini adalah untuk kegunaan para-para Daie di Negeri Sabah dan Sarawak khususnya. Semoga dengan sumbangan kecil ini dapat membantu gerakerja sukarelawan Daie-Daie ini di pedalaman Sabah dan Sarawak. Sumbangan van jenazah pula adalah untuk membantu dan melancarkan proses pengurusan jenazah di kawasan tersebut dan ia juga merupakan salah satu ibadah fardu kifayah yang bukan sahaja digalakkan malah dituntut dalam agama kita.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid kepada Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tn. Hj. Jamaludin Elias. Manakala Tn. Hj. Roslee@Mohamad Ismail wakil daripada Masjid Ismail Petra, Tanah Merah dan Tn. Hj. Zakaria Ismial wakil daripada Masjid Nurul Ehsan, Padang Serai telah menerima sumbangan bagi pihak masjid.

Semoga dengan adanya program seperti ini ia akan mewujudkan kesedaran kakitangan dalam memberikan sumbangan dan akhirnya membentuk masyarakat yang saling bantu membantu dan mengambil berat di antara satu sama lain. Semoga usaha kita ini mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah SWT.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8930002.7340002.718000
BRUNEI DOLLARBND3.4140003.2170003.206000
CANADIAN DOLLARCAD3.1850003.0710003.054000
SWISS FRANCCHF5.0090004.7910004.773000
EURO EUR4.7830004.5180004.496000
STERLING POUNDGBP5.7080005.4550005.446000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6580002.4670002.452000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4140003.2170003.216000
UNITED STATES DOLLARUSD4.6010004.3530004.336000

2025-02-12 10:10:14