Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Perlancaran Wakaf Negeri Sembilan Muamalat

Seri Menanti, Rabu 21 Jun : Bank Muamalat Malaysia Berhad telah melancarkan kerjasama wakaf tunai dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan melalui Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menyaksikan majlis menandatangan perjanjian kerjasama wakaf tunai di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan. Perjanjian tersebut telah diwakili oleh Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan En Azzerol Effendi Abdul Kadir, Pemangku Pengurus Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Tan Sri Dato’ Dr Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Negeri Sembilan Muamalat bersama ahli-ahli jawatankuasa, wakil badan-badan korporat, dan tetamu jemputan.

Wakaf Negeri Sembilan Muamalat merupakan kerjasama strategik di antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan pihak majlis agama islam negeri-negeri dalam kutipan dan pengurusan wakaf tunai. Ini merupakan kolaborasi kedua Bank Muamalat selepas usahasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor melalui Wakaf Selangor Muamalat yang telah dilancarkan pada tahun 2012. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan Bank serta orang awam untuk berwakaf. Kerjasama ini akan diurus oleh jawatankuasa pengurusan bersama yang diwakili oleh Bank Muamalat dan Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan. Sumbangan wakaf ini akan diagihkan kepada dua sektor iaitu pendidikan dan kesihatan. Selain itu, dana ini disalurkan juga ke sektor pelaburan bagi mengembangkan nilai dana wakaf.

Sempena majlis tersebut, Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz telah berkenan menerima sumbangan wakaf daripada beberapa syarikat korporat. Antaranya Silverlake Innovation Partners Sdn Bhd, KPJ Healthcare Berhad, dan Quantum Metal Sdn Bhd. Selain itu, Bank Muamalat turut menyumbangkan RM500,000 kepada Wakaf Negeri Sembilan Muamalat.

Tan Sri Dato’ Dr Mohd Munir Abdul Majid, dalam ucapannya berkata, Bank Muamalat bersedia berkongsi pengalaman dan kepakarannya dalam mengutip dan mengurus dana wakaf bagi kemajuan ummah khususnya di Negeri Sembilan. Seterusnya, jawatankuasa pengurusan bersama yang dilantik akan merangka dan melaksanakan projek-projek wakaf di sektor pendidikan dan kesihatan termasuk pelaburan yang difikirkan sesuai bagi menjana dana wakaf yang sedia ada. Konsep menerima, mengurus, dan mengembangkan harta dalam amalan wakaf dapat membantu membaiki dan menyusun atur sistem ekonomi negara melalui sumbangan hasil wakaf kepada golongan yang memerlukan. Tambahan pula, penyertaan wakaf tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Malah orang bukan Islam boleh menyumbang dan menerima manfaat wakaf.

Orang ramai boleh membuat sumbangan kepada Wakaf Negeri Sembilan Muamalat melalui saluran yang ditawarkan seperti melalui kaunter, arahan tetap, auto debit, perbankan internet, dan lain-lain lagi. Dana wakaf ini akan digunakan untuk membantu masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah agar tahap pendidikan dan kesihatan mereka dapat ditingkatkan. Bank Muamalat tidak akan mengenakan caj terhadap sumbangan yang diterima.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9530002.7890002.773000
BRUNEI DOLLARBND3.4190003.2190003.208000
CANADIAN DOLLARCAD3.1910003.0750003.058000
SWISS FRANCCHF5.1730004.9450004.927000
EURO EUR4.9100004.6340004.612000
STERLING POUNDGBP5.7770005.5190005.510000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7400002.5420002.527000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4190003.2190003.218000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4950004.2500004.233000

2024-11-01 08:32:35