Program Kayuhan Amal & Gotong Royong di Maahad Tahfiz Chemperoh, Janda Baik, Pahang
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui Tabung Mawaddah (TM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi, Muamalat Cycling Team (MCT) serta ahli-ahli Rumah Sukan telah mengadakan Program Kayuhan Amal & Gotong Royong di Maahad Tahfiz Chemperoh Janda Baik Pahang pada 12 Mei 2018. Program ini khususnya diadakan untuk kakitangan dan anak-anak Tahfiz tersebut bagi tujuan mengeratkan sillaturrahim dikalangan kakitangan khususnya dan bersama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz amnya.Program ini telah disertai seramai 70 orang kakitangan dan 90 orang daripada Maahad Tahfiz tersebut.
Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ybhg Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Penaung Tabung Mawaddah dan diiringi oleh Hj. Muhamad Radzuan Ab Rahman, Pengerusi Tabung Mawaddah.
Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membentuk masyarakat yang saling bantu-membantu dan mengambil berat di antara satu sama lain. Semoga usaha kita ini mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah SWT. Insya Allah.