Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Bank Muamalat Meraikan Kepelbagaian Dan Memperkasa Komuniti Orang Asli Pada Sambutan Hari Kebangsaan 2023

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) baru-baru ini meraikan semangat perpaduan dan inklusiviti dengan menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 bersama komuniti Orang Asli Gombak dengan kerjasama rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Program ini turut meraikan sambutan Hari Orang Asli Sedunia, yang disambut setiap tahun pada 9 Ogos.

Bank Muamalat bersama rakan strategiknya, komited untuk merealisasikan matlamat program melalui sesi “Pocket Talk” yang memberi fokus utama dalam program pembangunan kelestarian melalui peningkatan tahap celik kewangan, kesedaran kepada penipuan kewangan dan akses kepada perkhidmatan perbankan untuk semua segmen masyarakat. Selain itu, tumpuan turut diberikan dalam memperluas peluang dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan kerjasama PERKESO.

Sebagai komitmen Bank Muamalat kepada kesejahteraan komuniti, pihak Bank turut menawarkan khidmat Klinik Bergerak Wakaf Muamalat dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Orang Asli disekitar kawasan tersebut. Pada sambutan tersebut, Bank Muamalat mengambil peluang untuk menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat, di mana 66 pelajar, ibu tunggal dan asnaf dibukakan akaun simpanan berjumlah RM100 setiap seorang bagi meningkatkan akses kewangan mereka. Ia juga merupakan simbolik kepada sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang diraikan buat kali yang ke-66 pada tahun ini. Selain itu, Bank Muamalat turut memberi sumbangan tunai, bagi membantu memperkukuh projek pembangunan kelestarian Komuniti Orang Asli Gombak.

Selain sesi keterlibatan ini, program yang dianjurkan memberi peluang serta galakkan dalam penukaran budaya antara Bank Muamalat, rakan strategik bersama komuniti Orang Asli dalam aktiviti kebudayaan yang diadakan. Encik Khairul Kamarudin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, berkata, “Komitmen kami kepada ‘Kehidupan lebih baik, bersama” melangkaui perkhidmatan perbankan semata-mata. Ia melibatkan pemerkasaan individu melalui ilmu pengetahuan, peluang dan sokongan. Sambutan yang diadakan ini mencerminkan dedikasi kami terhadap inklusiviti dan misi kami untuk menjadi penggerak perubahan positif dalam komuniti melalui penawaran produk dan perkhidmatan kami.”

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8080002.6550002.639000
BRUNEI DOLLARBND3.3600003.1660003.155000
CANADIAN DOLLARCAD3.0900002.9800002.963000
SWISS FRANCCHF4.9460004.7330004.715000
EURO EUR4.7240004.4640004.442000
STERLING POUNDGBP5.6070005.3610005.352000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6030002.4170002.402000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3600003.1660003.165000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5270004.2850004.268000

2025-01-31 08:46:27