Close
EN
BM

Personal

Business

Corporate Responsibility

Community

Penyampaian Sumbangan Berjumlah RM10,000 Kepada Lima Institusi Termasuk Masjid Dan Rumah Kebajikan Di Sekitar Kuantan.

Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada lima institusi (RM2,000 setiap institusi) termasuk masjid dan rumah kebajikan di sekitar Kuantan pada 6 Januari 2023 yang lalu. Antara yang telah menerima sumbangan tersebut ialah Masjid Hashimiah Kg. Panching, Masjid Jamek Kg. Kuala Kenau, Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang, Rumah Kebajikan Anak Yatim & Fakir Miskin Perempuan Permata Al Insyirah dan Badan Pengurusan Rumah Kebajikan Seri Permai.

Ia merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) BMMB untuk tahun 2023 dan sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang bersama-sama Encik Khairul Kamarudin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Penyerahan sumbangan tersebut dijalankan ketika majlis perasmian Bank Muamalat cawangan Indera Mahkota, cawangan terbaru yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohamad Nizar. 

Semoga sumbangan yang diberi pada hari Jumaat yang barakah tersebut dapat membantu institusi-institusi tersebut menjalankan tugas mereka yang mulia di sisi Allah SWT dengan lancar.

Chat with us on
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9080002.7470002.731000
BRUNEI DOLLARBND3.4240003.2250003.214000
CANADIAN DOLLARCAD3.1740003.0590003.042000
SWISS FRANCCHF5.0330004.8120004.794000
EURO EUR4.7920004.5240004.502000
STERLING POUNDGBP5.7430005.4870005.478000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.6770002.4830002.468000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4240003.2250003.224000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5500004.3030004.286000

2025-02-21 08:40:06