Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Corporate Responsibility

Community

Program CSR Ramadan Bank Muamalat: ‘Rezeki Dikongsi, Nikmat Disyukuri’ Manfaatkan Lebih 5,000 Orang

28 Mac 2025, Kuala Lumpur – Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk mencipta Kehidupan Lebih Baik, Bersama komuniti dan masyarakat, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melipatgandakan usaha melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bulan Ramadan tahun ini dengan peruntukan sebanyak lebih daripada RM500,000.

Secara keseluruhannya, seramai lebih daripada 5,000 orang daripada golongan asnaf, anak yatim, fisabilillah, muallaf dan lain-lain telah mendapat manfaat daripada program Ziarah Ramadan, Majlis Berbuka Puasa di empat wilayah dan edaran pek makanan iftar yang telah dianjurkan. Dalam program Ziarah Ramadan, penghuni enam buah rumah amal terpilih sekitar ibu kota telah menerima sumbangan seperti baju dan duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri manakala di Majlis Berbuka Puasa di empat Wilayah, sumbangan duit raya telah diberikan kepada penghuni rumah amal terpilih dan Bank Muamalat juga menyumbangkan sejumlah wang tunai buat masjid terpilih.

Sementara itu, bagi menyuntik semangat buat rakan-rakan yang bekerja tanpa mengira masa pada bulan Ramadan, edaran pek makanan iftar kepada anggota barisan hadapan dan rakan media telah dijalankan sepanjang bulan ini.

Selain itu, beberapa cawangan Bank Muamalat di setiap negeri juga menganjurkan program edaran bubur lambuk kepada orang ramai dengan jumlah penerima keseluruhan sebanyak 7,000 orang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya amat berbesar hati dan berbangga dengan kesungguhan kakitangan Bank Muamalat yang memberikan komitmen yang sangat tinggi untuk sama-sama menjayakan program CSR yang telah direncanakan dalam usaha memberi semula kepada masyarakat di bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan.

“Kami di Bank Muamalat amat bersyukur dapat melaksanakan program CSR sepanjang bulan Ramadan yang bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga mengukuhkan hubungan kami dengan komuniti.

“Bank Muamalat berharap agar program-program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang untuk memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat. Rezeki dikongsi, nikmat disyukuri,” katanya.

Hari ini, program Sembang Santai Moreh Bank Muamalat Bersama Media yang telah dihadiri oleh hampir 30 rakan media telah dianjurkan bagi meraikan rakan media yang sentiasa memberi sokongan kepada Bank Muamalat.

Untuk maklumat lanjut mengenai program CSR Bank Muamalat sepanjang bulan Ramadan, sila layari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau layari laman media sosial Bank Muamalat.

Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.8790002.7210002.705000
BRUNEI DOLLARBND3.4640003.2640003.253000
CANADIAN DOLLARCAD3.2220003.1070003.090000
SWISS FRANCCHF5.5200005.2800005.262000
EURO EUR5.1590004.8730004.851000
STERLING POUNDGBP6.0020005.7370005.728000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7390002.5430002.528000
SINGAPORE DOLLARSGD3.4640003.2640003.263000
UNITED STATES DOLLARUSD4.5440004.3000004.283000

2025-04-16 08:34:25