Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Services

e-Invoice

Bank Muamalat telah melaksanakan E-Invoicing dan mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Services

e-Invoice

Bank Muamalat telah melaksanakan E-Invoicing dan mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

e-Invoice

Bank Muamalat telah melaksanakan E-Invoicing dan mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

 

Untuk Pembekal

Sehubungan itu, Bank Muamalat ingin memberikan maklumat mengenai E-Invoicing kepada semua pembekal sebagai rujukan. Ia termasuklah Nombor Pembayar Cukai (TIN), Nombor Cukai Perkhidmatan (SST), Kod Klasifikasi Industri Standard Malaysia (MSIC), dan butiran lain yang berkaitan dengan E-Invoicing.

Nama Entiti Nombor TIN Nombor Pendaftaran Perniagaan Baru Kod MSIC Nombor Cukai Perkhidmatan
Bank Muamalat Malaysia Berhad C857648030 196501000376 64192 W10-2105-32000038

 

Setelah mendapatkan nasihat LHDNM, Bank Muamalat tidak akan menyediakan dokumen sumber untuk tujuan pengesahan. Maklumat yang tersedia di laman web dianggap sebagai maklumat rasmi. Untuk maklumat lain yang berkaitan dengan E-Invoicing, seperti alamat pembeli, emel, dan nombor telefon; pembekal perlu mendapatkan butiran tersebut secara terus melalui mana-mana pegawai kami yang berkaitan dengan perolehan barang atau perkhidmatan.

Kami ingin mengingatkan semua pembekal agar terus menghantar salinan invois sedia ada kepada pihak Bank Muamalat untuk memastikan tiada gangguan terhadap operasi perniagaan dan tiada kelewatan pembayaran. Pengenalan Portal MyInvois adalah bertujuan sebagai pelaporan cukai kepada LHDNM. Portal MyInvois tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk penyerahan invois sedia ada kepada Bank Muamalat.


Untuk Pelanggan

Bank Muamalat akan mengeluarkan e-Invois kepada pelanggan B2B kami berkuat kuasa 1 Julai 2025. Untuk pelanggan B2C kami, e-Invois akan dikeluarkan atas permintaan dan hanya akan dikeluarkan mengikut kitaran “penyata akaun” pelanggan masing-masing. Sila nantikan sebarang pengumuman akan datang mengenai proses pengumpulan data pelanggan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bank Muamalat secara langsung di einvoice_BMMB@muamalat.com.my


Anda mungkin berminat

Kredit Pusingan-i Muamalat
Muamalat Cash Line Facility-i (MCash)
Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9710002.8090002.793000
BRUNEI DOLLARBND3.3920003.1960003.185000
CANADIAN DOLLARCAD3.1820003.0690003.052000
SWISS FRANCCHF5.0940004.8740004.856000
EURO EUR4.8240004.5580004.536000
STERLING POUNDGBP5.7590005.5060005.497000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7470002.5510002.536000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3920003.1960003.195000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4380004.2000004.183000

2024-10-18 08:37:31