Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Kepimpinan Kami

Dr. Ahmad Zakirullah bin Mohamed Shaarani

Ahli

Dr. Ahmad Zakirullah bin Mohamed Shaarani merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Taiping, Perak. Beliau mengajar subjek Perbankan Islam, Pasaran Modal Islam, Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah dari perspektif ekonomi dan subjek Kewangan Islam lain. Beliau merupakan Penasihat Syariah berdaftar dan Jawatankuasa Syariah Dalaman Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (ISFIM) dan bekas Jawatankuasa Syariah United Overseas Bank (UOB). Kini, beliau berkhidmat sebagai Jawatankuasa Syariah Hong Leong MSIG Takaful, Jawatankuasa Syariah Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Perunding Kanan Tawafuq Consultancy Sdn Bhd dan ahli Jawatankuasa Syariah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Beliau memiliki Diploma Syariah Islamiyyah dari Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab (MADIWA), Taiping Perak dan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir pada 2003. Beliau menamatkan pengajian Sarjana Ilmu Wahyu – Usul al-Fiqh (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2008. Beliau menerima Ph.D Usul al-Fiqh dari Universiti Malaya pada tahun 2017. Bidang kepakaran beliau adalah Perbankan dan Kewangan Islam, Usul al-Fiqh dan Zakat.

Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9710002.8090002.793000
BRUNEI DOLLARBND3.3920003.1960003.185000
CANADIAN DOLLARCAD3.1820003.0690003.052000
SWISS FRANCCHF5.0940004.8740004.856000
EURO EUR4.8240004.5580004.536000
STERLING POUNDGBP5.7590005.5060005.497000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7470002.5510002.536000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3920003.1960003.195000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4380004.2000004.183000

2024-10-18 08:37:31