Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Kepimpinan Kami

Md Khairuddin Hj Arshad

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

56, Lelaki, Malaysia
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Dilantik pada 10 September 2019

Md Khairuddin Haji Arshad dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 10 September 2019. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga dan ahli Jawatankuasa Audit, Veto dan Pematuhan Lembaga. Md Khairuddin berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri perbankan. Beliau memulakan kerjaya dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1991 dan berkhidmat dengan Bank Regulation Department dan, Jabatan Perbankan Islam dan Takaful sehingga 2005. Beliau terlibat dalam penubuhan Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan pengurusan perintis ditugaskan dengan penubuhan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. Beliau menyandang Ketua Pegawai Operasi dan Pengurus Besar,  Insurans dan Penilaian Risiko dan Bahagian Pemantauan sejak penubuhan pada tahun 2005 hingga 2013. Beliau juga Pengerusi pertama Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam Antarabangsa.

Beliau menyertai Bank Rakyat pada 2013 sebagai Ketua Pegawai Risiko dan jawatan terakhir ialah Ketua Pegawai Operasi di mana beliau telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk mengembangkan perniagaan runcit dan perbankan korporat, memastikan pelaksanaan aktiviti pemulihan berkesan, mengurus perkhidmatan korporat secara berterusan, meningkatkan keberkesanan dan kecekapan keseluruhan operasi perbankan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau menghadiri Program Pengurusan dan Kepimpinan Lanjutan Oxford dan Program Pembangunan Kepimpinan Global ICLIF. Beliau juga mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Heriot Watt.

Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9710002.8090002.793000
BRUNEI DOLLARBND3.3920003.1960003.185000
CANADIAN DOLLARCAD3.1820003.0690003.052000
SWISS FRANCCHF5.0940004.8740004.856000
EURO EUR4.8240004.5580004.536000
STERLING POUNDGBP5.7590005.5060005.497000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7470002.5510002.536000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3920003.1960003.195000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4380004.2000004.183000

2024-10-18 08:37:31