Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Kepimpinan Kami

Ainol Roznain Yaacob

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

53, Lelaki, Malaysia
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Dilantik pada 1 Oktober 2022

Encik Ainol menyertai Khazanah pada Mac 2021 sebagai Ketua Bahagian Transformasi dan mengetuai transformasi strategik Kewangan meliputi bidang utama termasuk teknologi, cara kerja dan pembangunan bakat. Beliau juga Ketua Penasihat dan Perancangan Cukai dan menyediakan sokongan kepimpinan mengenai dasar cukai dan strategi sejajar dan berfokus dengan kehendak strategik Khazanah.

Sebelumnya, Encik Ainol berkhidmat selama 8 tahun di BP Malaysia sebagai Ketua Pengarah Etika dan Pematuhan Global dan Head of Country, Malaysia bermula 2017. Sebahagian dari peranannya menyediakan kepimpinan transformasi perniagaan dan menyokong pengurusan BP untuk Malaysia dan rantau Asia. Beliau juga memperkenal program Audit berkanun global BP Plc meliputi wilayah utama seperti UK, EMEA, Oceania dan sebahagian daripada Afrika. Pada tahun 2020 menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan terlibat dalam pelaburan dan pelupusan aset utama global BP di rantau ini.

Beliau memulakan kerjaya dalam audit di KPMG London sebelum berpindah ke Cukai Korporat dan Antarabangsa KPMG, kemudian di Deloitte berkepakaran dalam pengawalan dan pengurusan risiko. Hampir 20 tahun Encik Ainol bekerja di London sebelum kembali ke Malaysia dengan Ernst & Young. Salah satu minatnya ialah membangun dan memperkasa bakat pemimpin masa depan yang mudah menyesuaikan diri dengan keperluan dan persekitaran perniagaan yang semakin berkembang. Beliau juga percaya kunci kejayaan perniagaan adalah hormat, inklusif dan tempat kerja pelbagai untuk pekerja.

Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9710002.8090002.793000
BRUNEI DOLLARBND3.3920003.1960003.185000
CANADIAN DOLLARCAD3.1820003.0690003.052000
SWISS FRANCCHF5.0940004.8740004.856000
EURO EUR4.8240004.5580004.536000
STERLING POUNDGBP5.7590005.5060005.497000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7470002.5510002.536000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3920003.1960003.195000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4380004.2000004.183000

2024-10-18 08:37:31