Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Kepimpinan Kami

Dato’ Ibrahim Taib

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

68, Lelaki, Malaysia
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Dilantik pada 29 Mac 2018

Dato’ Ibrahim Taib dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Bank Muamalat yang dicalonkan oleh DRB-HICOM Berhad pada 29 Mac 2018. Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Lembaga, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga dan Jawatankuasa IT. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman pada 1978 sebagai Majistret di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau dipindahkan ke Mahkamah Majistret di Segamat, Johor. Pada tahun 1982, beliau menjadi Penasihat Undang-Undang Jabatan Pengangkutan Jalan; dan menjawat jawatan sama di Kementerian Sumber Manusia pada 1986.

Pada Oktober 1989, beliau bertugas di Jabatan Peguam Negara sebagai Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor. Pada tahun 1992, beliau berkhidmat sebagai Hakim di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu. Pada Julai 1992, beliau telah dipinjamkan ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai Ketua Jabatan Undang-Undang. Beliau bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP pada 4 Oktober 2014 namun kekal sebagai Pengarah penama KWSP DRB-HICOM Berhad sehingga 26 Mei 2017.

Beliau kini merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif DRB-HICOM Berhad.

Dato’Ibrahim memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti London.

Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9710002.8090002.793000
BRUNEI DOLLARBND3.3920003.1960003.185000
CANADIAN DOLLARCAD3.1820003.0690003.052000
SWISS FRANCCHF5.0940004.8740004.856000
EURO EUR4.8240004.5580004.536000
STERLING POUNDGBP5.7590005.5060005.497000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7470002.5510002.536000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3920003.1960003.195000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4380004.2000004.183000

2024-10-18 08:37:31