Ciri baharu untuk meningkatkan keselamatan i-Muamalat
Bermula Januari 2025, Bank telah meningkatkan lapisan keselamatan tambahan untuk Portal Dalam Talian dan Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk terus melindungi keselamatan perbankan dalam talian anda daripada penipuan, selaras dengan arahan daripada pihak Kawal Selia untuk memerangi penipuan kewangan.
No | Kemas Kini Keselamatan | Apa yang anda perlu tahu? |
1. | Had Transaksi untuk Pihak Pertama. |
Portal Dalam Talian i-Muamalat akan memaparkan jenis had transaksi baharu iaitu Had Transaksi Pihak Pertama. Mulai 15 Januari 2025, selaras dengan arahan daripada Kawal Selia, terdapat dua had transaksi i-Muamalat yang berasingan untuk transaksi pihak pertama dan pihak ketiga. Apakah Had Transaksi Pihak Pertama? Had transaksi pihak pertama dikenakan pada pindahan antara akaun yang dimiliki oleh orang yang sama. Sebagai contoh, apabila anda memindahkan wang dari akaun simpanan anda ke akaun semasa/kad kredit/pembiayaan anda dalam Bank Muamalat, ia dianggap sebagai pindahan pihak pertama. Tetapan had permulaan bagi transaksi pihak pertama ialah RM3,000 sehari. Anda boleh mengemas kini had ini melalui Portal Dalam Talian i-Muamalat untuk memenuhi keperluan peribadi anda. |
2. | Pengesahan i-MSecure untuk transaksi Pihak Pertama dan Akaun Kesukaan. | Pelaksanaan penggunaan i-MSecure untuk pengesahan transaksi:
Semua transaksi mestilah disahkan menggunakan i-MSecure. |
3. | Tempoh Pengaktifan (Bertenang). | Terdapat 12 Jam Tempoh Pengaktifan (Bertenang) apabila anda melakukan transaksi berikut:-
Nota: (*) Pengaktifan mesti dilakukan sama ada melalui Talian Khidmat Pelanggan atau Cawangan. Untuk pengaktifan segera, anda boleh mengunjungi cawangan terdekat. Cawangan akan melakukan pengaktifan tempoh bertenang selepas pengesahan yang menyeluruh dilaksanakan. Untuk membantu menghalang log masuk / pengesahan transaksi yang tidak sah, log masuk i-Muamalat / penggunaan i-MSecure untuk pengesahan transaksi hanya boleh dilakukan selepas 12 jam tempoh pengaktifan (bertenang) tamat. |
4. | Kill Switch untuk menyahaktifkan serta-merta akses i-Muamalat sekiranya terdapat transaksi yang mencurigakan. | Kill Switch ialah ciri untuk menyekat sementara semua percubaan log masuk i-Muamalat apabila anda mengesyaki bahawa akaun i-Muamalat anda telah terjejas.
Ciri ini ialah cara cepat untuk menghalang penipu daripada mengakses akaun i-Muamalat anda dan menghalang sebarang transaksi keluar daripada akaun anda. Ciri ini terdapat di laman log masuk Portal Dalam Talian dan Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat. Anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 03-2600 5500 untuk pengaktifan semula akaun i-Muamalat anda. |
5. | Penamatan Ciri Pengaktifan kendiri i-Muamalat akaun dan Notifikasi SMS. | Selaras dengan arahan daripada pihak Kawal Selia dan untuk mengoptimumkan fungsi i-Muamalat, Bank telah menamatkan ciri-ciri berikut:
|
Nota: Berkuat kuasa dari 15 Januari 2025.
Belum mendaftar untuk i-MSecure lagi?
Jom daftar dan aktifkan i-MSecure
Diterbitkan pada 10 August 2024
Muat turun aplikasi mudah alih i-Muamalat dari Apple App Store, Google Play Store atau galeri aplikasi HUAWEI untuk menikmati pengalaman baru ini.
Hanya log masuk aplikasi mudah alih i-Muamalat anda dan ikut arahan yang dikeluarkan untuk mendaftar dan mengaktifkan i-MSecure untuk menikmati perbankan dalam talian yang selamat di mana-mana sahaja dengan kelulusan transaksi yang lebih pantas.
Untuk memastikan modul berfungsi dengan baik, sila aktifkan pemberitahuan untuk aplikasi mudah alih i-Muamalat:
Untuk Peranti iPhone:
- Pergi ke ‘Seting‘ peranti iPhone anda
- Cari ‘i-Muamalat‘
- Tekan ‘Pemberitahuan‘
- Aktifkan ‘Benarkan Pemberitahuan‘
Untuk Peranti Android:
- Pergi ke ‘Tetapan’ peranti Android anda
- Pilih ‘Aplikasi & Perkhidmatan’
- Cari ‘i-Muamalat’
- Tekan ‘Pemberitahuan’
- Aktifkan ‘Benarkan pemberitahuan’