Gambaran Menyeluruh Akaun Gold-i
Di Bank Muamalat, kami menawarkan penyelesaian terbaik untuk pelaburan emas anda. Mengapa begitu?
Kami menawarkan emas 99.99% tulen daripada pembekal emas yang diiktiraf oleh London Bullion Metal Association (LBMA) yang bukan sahaja disahkan patuh Syariah oleh Jawatankuasa Syariah kami sendiri, malah juga oleh Jawatankuasa Syariah BNM. Apa lagi? Pilihlah daripada Akaun Muamalat Gold-i kami yang telah memenangi anugerah, platform digital EasiGold, atau MG-i Fizikal dalam pelbagai denominasi termasuk wafer emas, Dinar dan dalam masa terdekat, malah kepingan peringatan yang direka khas. Tahukah anda bahawa emas disimpan di Bank bagi pihak anda, tanpa dikenakan sebarang caj! Betul, anda boleh menjimatkan caj perkhidmatan sambil memastikan emas anda disimpan dengan selamat! Yang paling menarik sekali, anda boleh melabur bermula serendah RM10… sama ada melabur di kaunter atau melalui perbankan dalam talian 24 jam mengikut kesukaan anda.
Kami adalah satu-satunya bank di mana pelanggan emas kami menikmati sokongan yang disediakan oleh “ekosistem emas” kami. Perlukan dana jangka pendek? Hanya gadaikan (Ar-Rahn) emas anda pada margin pendahuluan 80% atau jadikan emas anda sebagai cagaran untuk pembiayaan jangka panjang… anda tidak perlu risau kerana emas kami sebaik wang tunai!
Kami juga merupakan bank pertama yang menawarkan pembayaran zakat secara automatik melalui Akaun Ez-Zakat Muamalat Gold-i kami untuk membantu anda menunaikan kewajipan zakat dengan mudah dan tanpa kesulitan.
Muamalat Gold-i Fizikal
Melabur Untuk Masa Depan Anda
Miliki jongkong emas, wafer, atau syiling dengan ketulenan tertinggi 99.99% dalam pelbagai denominasi seperti 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 1kg, dan bahkan 1 Dinar atau 5 Dinar dari pembekal antarabangsa yang diperakui LBMA. Setiap jongkong emas yang dicetak disimpan dalam bekas keselamatan yang disertakan dengan spesifikasi teknikal jongkong emas, nombor unik jongkong, dan pengesahan Ketua Assayer. Mulakan koleksi anda hari ini!
*Tertakluk kepada ketersediaan stok
*Risalah Pendedahan Produk
*Terma & Syarat (2024)
Akaun Muamalat Gold-i
Pelaburan jangka masa panjang demi masa depan anda
Pelaburan emas tidak pernah semudah atau sepraktikal dengan Akaun MG-i
- Perkhidmatan atas talian 24 jam melalui perbankan internet runcit i-mumalat
- Buka Akaun MG-i anda secara atas talian
- Lakukan pindahan atas talian, penukaran emas atas talian, dan arahan tetap atas talian
- Pembelian bermula dari serendah RM10
- Boleh digadai di BMMB Ar-Rahnu untuk wang tunai segera
Mulakan perjalanan pelaburan emas anda hari ini dengan Akaun MG-i, penerima anugerah trkemuka 2018 Wealth & Society (London) Award untuk “Pelaburan Emas Alternatif Terbaik di Malaysia (Patuh Syariah).
*Risalah Pendedahan Produk
*Terma & Syarat (2024)
EasiGold
Platform Mudah Alih Digital
Pembelian Emas kini lebih mudah! Anda boleh membeli emas dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan telefon pintar anda. Hanya muat turun Aplikasi EasiGold dengan telefon pintar anda dan tingkatkan pelaburan emas anda hari ini
EasiGold adalah platform pelaburan emas aplikasi mudah alih sepenuhnya yang pertama oleh sebuah Institusi Perbankan Islam sepenuhnya yang menyediakan antara lain, harga secara langsung dan bersaing dengan ciri-ciri seperti pengumuman harga, sejarah penyata, dan penjejakan status logistik untuk pertukaran emas. Simpan emas tersebut, atau tukarkan kepada bentuk fizikal iaitu termasuk 1 Dinar dan 5 Dinar.
“EasiGold ialah platform perniagaan pelaburan emas aplikasi mudah alih yang patuh Syariah yang dibangunkan oleh ACE Capital Growth Sdn Bhd (ACE) dan dipasarkan oleh Bank Muamalat.”
*Risalah Pendedahan Produk
*Terma & Syarat
Risalah Easi GOLD
*Panduan Pengguna
CASA Gold 50
Rancang Tahun Keemasan Anda Bersama Kami
CASA Gold 50 meraikan pelanggan yang telah mencapai usia 50 tahun ke atas dengan tawaran kombinasi yang tidak boleh dilepaskan. Depositkan dana baharu ke akaun CASA anda dan nikmati diskaun untuk pembelian jongkong emas.
“Tahun Keemasan” anda kelihatan lebih terang…
RM | Kuantiti | Diskaun* |
Min 20,000 | 100g dan kebawah | RM0.50/gram |
20,001 – 100,000 | 100g dan ke bawah
101g – 499g |
RM0.50/gram
RM1.00/gram |
100,001 dan ke atas | 100g dan ke bawah
101g – 499g 500g dan ke atas |
RM0.50/gram
RM1.00/gram RM1.50/gram |
Pulangan emas EasiGold tertakluk kepada harga emas semasa. Prestasi masa lalu tidak menunjukkan pulangan pada masa hadapan. Pelanggan dinasihatkan untuk membaca dan memahami produk sebelum membuat pelaburan. Sebarang pengeluaran wang daripada deposit yang dilindungi untuk membeli emas tidak lagi dilindungi oleh PIDM. Pelaburan EasiGold tidak dilindungi oleh PIDM.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
*Terma & Syarat - EN
*Terma & Syarat - BM
Keistimewaan M-Elite
Melabur Untuk Masa Depan Anda
M-Elite Privilege memberi ganjaran kepada pelanggan yang mengekalkan baki minimum 1kg dalam Akaun Emas mereka dengan mata ganjaran pada semua pembelian emas sepanjang tahun kewangan.
Para pelanggan boleh menukar hadiah istimewa daripada pilihan koleksi peringatan eksklusif Perth Mint dan pilihan hadiah lain atau memilih untuk menukar mata ganjaran kepada nilai yang sama dalam Akaun Muamalat Gold-i.
Akaun EZ-Zakat Muamalat Gold-i
Melabur Untuk Masa Depan Anda
Di Bank Muamalat, kami melihat keperluan pengurusan harta anda dari perspektif holistik dalam usaha untuk mencapai keseimbangan antara tuntutan kewangan dan aspirasi rohani anda. Untuk memastikan anda memenuhi keperluan rukun Islam yang ke-3, kami menyediakan perkhidmatan zakat automatik khusus untuk pelaburan emas anda
EZ-Zakat Gold adalah sebuah kemudahan yang mengira jumlah zakat tertunggak secara automatik dari Akaun Muamalat Gold-i setelah ia mencapai haul dan nisab yang ditentukan. Jumlah tersebut kemudian akan ditolak secara automatik dan dibayar kepada Pusat Agama Islam Negeri yang berkenaan. Buat masa ini, negeri-negeri yang terlibat adalah Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Pahang.
Jadi, daftar untuk EZ-Zakat Muamalat Gold-i di cawangan anda dan nikmati ketenangan fikiran.