Tutup
EN
BM

Peribadi

Perniagaan

Program Pensijilan Halal

Membantu usahawan yang terpilih mendapat pensijilan halal selaras dengan skim Pensijilan Halal Malaysia.

Membimbing dan memberi latihan kepada usahawan terpilih ke arah penyediaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Program Pensijilan Halal

Membantu usahawan yang terpilih mendapat pensijilan halal selaras dengan skim Pensijilan Halal Malaysia.

Membimbing dan memberi latihan kepada usahawan terpilih ke arah penyediaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Program Pensijilan Halal

Halal bermaksud “dibenarkan” dalam bahasa Arab dan tidak terhad kepada makanan sahaja. Selain menggambarkan kesucian, pensijilan halal juga boleh dianggap sebagai salah satu program jaminan kualiti produk. Pelaksanaan pensijilan halal boleh meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk selain memerlukan pematuhan sistem dan keperluan undang-undang. Oleh itu, memahami piawaian dan keperluan Sijil Pensijilan Halal Malaysia adalah penting bagi memastikan pelaksanaan dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan. Program Pensijilan Halal adalah kursus yang dikendalikan oleh perunding latihan yang disahkan oleh JAKIM kepada usahawan untuk mendapatkan Sijil Halal Malaysia JAKIM.

BMMB menaja program pensijilan halal kepada peserta yang layak melalui kerjasama dengan Serunai Commerce Sdn Bhd (Serunai). Antara rujukan yang digunakan oleh Serunai dalam program ini adalah;

  1. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020
  2. Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020
  3. Standards Malaysia berkaitan Halal
    1. MS 1500:2019 – Makanan Halal-Keperluan Umum
    2. MS 2634:2019 – Kosmetik Halal
    3. MS 2424:2012 – Farmaseutikal Halal
    4. MS 2200:2013 – Barangan Pengguna Islam Bahagian 2 – Penggunaan Tulang Haiwan, Kulit dan Bulu
    5. MS 2400:2019 – Rantaian Bekalan Halal
  4. Akta dan peraturan-peraturan berkaitan
    1. Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
    2. Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)
    3. Pengusaha Makanan Sediaan Di Rumah (Home-based Food)
    4. Akta Perihal Dagangan, 2011
    5. Akta Makanan 1983 & Peraturan Makanan 1985
    6. Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009

 

Kelebihan Program
  1. Bimbingan dan kursus latihan PERCUMA kepada para usahawan sehingga BERJAYA memperoleh Sijil Halal Malaysia JAKIM.
  2. Pensijilan Halal Malaysia membuka peluang kepada usahawan untuk memasuki pasaran Halal yang luas dan meningkatkan pendapatan.
  3. Nilai tambah untuk pengusaha premis makanan (restoran & kafe), produk makanan & minuman serta produk kosmetik dan perubatan.

 

Syarat Permohonan
  1. Asnaf & kumpulan B40
  2. Syarikat yang berdaftar dengan SSM
  3. Syarikat yang tidak muflis
  4. Syarikat yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan.
  5. Syarikat yang mempunyai lesen PBT yang sah.

Anda juga mungkin meminati

Fidyah
iTEKAD
Sembang dengan kami sekarang!
WhatsApp
AUSTRALIAN DOLLARAUD2.9710002.8090002.793000
BRUNEI DOLLARBND3.3920003.1960003.185000
CANADIAN DOLLARCAD3.1820003.0690003.052000
SWISS FRANCCHF5.0940004.8740004.856000
EURO EUR4.8240004.5580004.536000
STERLING POUNDGBP5.7590005.5060005.497000
NEW ZEALAND DOLLARNZD2.7470002.5510002.536000
SINGAPORE DOLLARSGD3.3920003.1960003.195000
UNITED STATES DOLLARUSD4.4380004.2000004.183000

2024-10-18 08:37:31