Bank Muamalat 1Malaysia
 
   
i-Muamalat: Login to our Online Banking

Kaunter Angkat Pusat Zakat
1. BMMB Labuan (PPZ MAIWP)
  Kaunter ini merupakan kaunter angkat yang kedua buat Bank Muamaalat (M) Bhd selepas Bank Muamalat cawangan Bandar Tasik Selatan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh Y.Bhg. Hj. Mohd Rais Hj. Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat (M) Bhd .

Pemilihan Bank Muamalat (M) Bhd Cawangan Labuan sebagai agen kutipan dan kaunter angkat kedua adalah kerana Bank Muamalat mempunyai rekod yang baik semenjak dilantik sebagai agen kutipan zakat pada tahun 2001. Statistiks menunjukkan kutipan zakat melalui Bank Muamalat (M) Bhd pada tahun 2001 sehingga 2011 adalah sebanyak RM3.7 juta.

Kelebihan membayar di kaunter angkat PPZ-MAIWP berbanding agen kutipan zakat yang lain, setiap pembayar akan menerima layanan sama seperti membayar di kaunter PPZ-MAIWP. Terdapat akad dan doa ketika membuat bayaran tetapi kemudahan taksiran tidak disediakan. Malahan setiap pembayar akan menerima cenderahati setiap kali membuat pembayaran di kaunter angkat.
   
2. BMMB Rawang (LZS MAIS)
  Pertemuan dengan Bank Muamalat cawangan Rawang berjaya membuka peluang kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk mempromosikan zakat di samping bertukar-tukar pandangan serta memupuk hubungan mesra antara LZS (MAIS) dengan bank berkenaan yang diadakan baru-baru ini.

Ia dilihat sebagai usaha dakwah LZS (MAIS) dalam kempen berzakat terutamanya kepada agen kutipan LZS (MAIS). Menurut Pengurus Bank Muamalat cawangan Rawang, Mohd Sani Mohd Yusof, semenjak bank ini diisytiharkan sebagai bank angkat LZS (MAIS) pada 30hb September tahun lepas, sambutan yang diterima menggalakkan terutamanya pada bulan Ramadan dan Disembar.

“Ia kesan daripada promosi yang dijalankan oleh bank dengan kerjasama Skuad Kembara Zakat (SKZ) kepada penduduk sekitar pada tahun lepas. Pada tahun ini kami merancang untuk mengadakan program bersama seperti ini lagi setelah melihat respon yang diterima daripada pelanggan. Usaha untuk mempromosikan pembayaran zakat melalui bank juga dilakukan dengan meletakkan bunting LZS (MAIS) serta menyediakan cenderamata istimewa kepada pembayar yang membayar zakat di premis bank berkenaan,” kata beliau.

SKZ kini dikenali dengan Skuad Dakwah Zakat (SDZ) berperanan mengadakan promosi secara bergerak berkenaan zakat ke serata tempat di negeri Selangor.
   


BACK TO TOP Back to top