Bank Muamalat 1Malaysia
 
   
i-Muamalat: Login to our Online Banking
 
Muamalat Gold-i
Will Writing

 

"Selama berabad, emas merupakan sumber kekayaan yang sangat didambakan. Emas sentiasa menjadi tonggak matawang global, satu komoditi, objek keindahan dan pelaburan. Adakah anda tahu bahawa emas adalah salah satu daripada beberapa barang yang boleh mengekalkan nilai ekonomi semasa kemelesetan ekonomi? Emas adalah bahan yang sangat unit dan ia memainkan peranan perancangan kewangan"

Lindungi Kekayaan Masa Depan Anda dengan Emas Hari Ini

Membeli EMAS bukan satu perbelanjaan!

 

Jongkong emas tulen (The Perth Mint) 99.99% pelbagai denominasi (5g. 10g, 20g, 50g & 100g)

 

Setiap jongkong emas mempunyai nombor siri dan Certikad

 

Pengiktirafan daripada London Bullion Market Association

 

Terkecuali daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Apa itu Muamalat Gold-i?

Muamalat Gold-i adalah produk emas yang patuh Syariah di mana ia memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai pasaran komoditi logam bernilai. Pulangan anda adalah melalui kenaikan harga emas melalui pembelian awal anda.
Muamalat Gold-i tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

Ciri-Ciri Muamalat Gold-i

Keluaran emas

-

 99.99%

Rakan niaga

-

Quantum Metal Sdn Bhd (Pengedar Sah The Perth Mint Australia)

Matawang

-

Ringgit Malaysia (RM)

Denominasi

-

5g, 10g, 20g, 50g dan 100g

Kelayakan

Akaun Semasa/Simpanan

  • Mendebitkan akaun berkenaan bagi amaun pembelian;
  • Mengkreditkan hasil penjualan emas; dan
  • Mendebitkan fi dan caj (jika ada)

Individu

  • Individu yang telah mencapai umur 18 tahun,
  • Terbuka kepada pemastautin, bukan pemastautin dan warganegara asing yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.
  • Akaun bersama tidak dibenarkan.

Bukan Individu

  • Kelab
  • Persatuan
  • Pertubuhan
  • Institusi selain daripada firma syarikat dan perniagaan perusahaan lain
  • Pelanggan korporat dan komersial

Kaedah untuk Membeli Emas

Pelanggan akan membeli emas daripada pihak Bank (yang merupakan ejen kepada Quantum Metal Sdn Bhd) dan Certikad* Emas-i akan dikeluarkan bagi setiap transaksi belian oleh pelanggan.

Syarat Penebusan/Jualan

  • Penebusan/jualan emas hanya boleh dilakukan oleh orang/entiti yang dikenalpasti dalam rekod pihak Bank sebagai pembeli/pemilik emas tersebut.
  • Identiti Certikad* Emas-i (denominasi, no siri, dan lain-lain) mestilah bersamaan dengan rekod pihak Bank.
  • Certikad* Emas-i hendaklah diserahkan kembali kepada cawangan asal pihak Bank dalam keadaan baik
 
 

*Certikad - memaparkan spesifikasi teknikal dan nombor jongkong emas. Ia juga memiliki ciri-ciri keselamatan yang dapat mengesan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketulenan emas.


Harga Jualan & Belian (Harga Emas)

  • Harga indikatif Jualan & Belian emas di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan diumumkan setiap hari oleh pihak Bank dan akan dipamerkan di cawangan BMMB dan dilaman sesawang www.muamalat.com.my
  • Harga Jualan menandakan harga dimana pihak Bank menjual Emas kepada pelanggan. Harga Belian menandakan harga di mana pihak Bank membeli Emas daripada pelanggan.
  • Harga Belian sebenar akan dimaklumkan sebaik sahaja para pelanggan membuat keputusan untuk menjual emas tersebut. Jumlah harga jualan Emas tersebut akan dinyatakan di dalam Notis Penebusan berdasarkan kepada Harga Belian semasa oleh pihak Bank. Sebut harga yang dikeluarkan oleh pihak Bank tidak semestinya sama dengan sumber-sumber yang lain.

Transaksi Dagangan

  • Mengikut waktu dan hari bekerja biasa cawangan Bank Muamalat.

Dokumen yang Diperlukan

Nilai Pokok Pelaburan
Nilai pokok pelaburan adalah bergantung kepada turun-naik paaran emas dan ini mungkin mengakibatkan kemerosotan nilai pokok pelaburan.

Yuran dan Caj

Yuran dan Caj

Jumlah

Caj Perkhidmatan (Pertukaran Denominasi)

RM5 setiap transaksi

Notis Penting

  • Produk ini tidak menjana sebarang keuntungan. Keuntungan anda adalah daripada potensi peningkatan nilai jumlah emas anda.
  • Risalah ini adalah untuk maklumat am sahaja dan ia bukanlah kontrak. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Lembaran Pendedahan Produk bagi perincian ciri-ciri dan faedah-faedah produk sebelum membeli Muamalat Gold-i.

Untuk maklumat lanjut mengenai Muamalat Gold-i. sila hubungi 1-300-88-8787, kinjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau lawati laman sesawang www.muamalat.com.my.

BACK TO TOP Back to top